Pakej USS Depan Tune Hotel 2019, Danga Bay, Johor - Pakej Lengkap ke Universal Studios Singapore (USS)

Pakej USS Depan Tune Hotel 2019, Danga Bay, Johor

Bercadang Nak Ke Universal Studios Singapore, USS ?


Tempahan Ke USS, Naik Dari
Depan TUNE HOTEL, JB
SETIAP HARI,
Untuk Bulan JUN Dan JULAI & OGOS 2019
Dah Dibuka!


Maklumat di kemaskini pada hari ini:
-----------------

Pakej kami ini ada setiap hari (Daily Departure) !
Yup, Setiap hari. Anda beritahu kami tarikhnya sahaja, bila nak pergi.

Pakej yang kami sediakan ini termasuk :
1) +Transport (bas persiaran) pergi & balik.
2) +Tiket masuk Universal Studios Singapore, USS.
3) +White card (borang Imigresen Singapore).
4) +Pemplet peta USS (jika ada stok).

Penginapan & pasport kami tak sediakan.

Anda ada lain-lain persoalan? Boleh rujuk ke ruangan FAQ - SOALAN YG KERAP DITANYA KEPADA KAMI (perenggan bawah-bawah, dalam page ni juga).

Naik Dari
Adult
Child
Senior
[+] Depan Tune Hotel,
Danga Bay, Johor

Setiap Hari
>> (7.30am - 6.00pm)

Naik Bas PERSIARAN


RM 260

RM 210

RM 190
PETUNJUK :

Adult = 13 - 59 tahun
Child = 4 - 12 tahun
Senior = 60 tahun ke atas
* Bawah 4 tahun PERCUMA masuk USS, cuma dalam bas kena pangku. Sekiranya nak seat, boleh tambah. RM30/seat (dari Tune Hotel).

PERINGATAN! Harga di atas adalah harga semasa. Kemungkinan berubah itu ada, mengikut kadar tukaran asing semasa (rate currency).




**********

JADUAL PERJALANAN (ITINERARY)


Ini adalah itinerary kalau naik dari depan Tune.

Pergi:
07.10 a.m. - Berkumpul di luar Tune Hotel
07.30 a.m. - Naik bas & sesi taklimat
10.10++ a.m. - Dijangka sampai di USS, masa sampai ni flexible bergantung kepada situasi trafik semasa & kelancaran di CIQ Singapore semasa cek pasport.

Balik:
Setiap Hari : stand by balik 5.45 p.m. Bas gerak 6.00 p.m. terus balik JB. Tak singgah tempat lain.

9.00++ p.m. - Sampai di JB, masa sampai ni flexible bergantung kepada situasi trafik semasa.



**********

CARA TEMPAHAN


Boleh ikuti 3 langkah, cara tempahan di bawah.


LANGKAH 1: Whatsapp Kami.


Whatsapp maklumat tempahan anda, seperti contoh di bawah ( bawah 4 tahun masukkan sekali, sekiranya ada ) :

12/12/18, USS Tune
Adult = 6
Child = 5
Senior = 1
Bawah 4 thn = 2 thn ada 1, 3 thn ada 2
Ada lagi ?

kepada kami (Whatsapp) ke - 013-756 3824



LANGKAH 2: Kami Cek Kekosongan.


[+] Anda akan menerima maklumbalas dari kami (Whatsapp) berkenaan total keseluruhan pembayaran & nombor akaun bank ( CIMB & Maybank ).

[+] Sekiranya setuju, boleh transfer ke dalam salah satu akaun bank kami ( CIMB atau Maybank ) paling lewat pun dalam masa satu minggu sebelum nak ke USS.

[+] Reply semula mesej kami (Whatsapp) sekiranya pembayaran telah dimasukkan.

[+] Proses booking akan kami lakukan setelah kami terima pembayaran. Booking / nama anda akan kami pamerkan di ruangan SEMAK TEMPAHAN (Boleh KLIK Sini).

Maklumkan kepada kami sekiranya nama anda tiada dalam senarai tersebut dalam masa 30 minit.

PERINGATAN! Seeloknya booking boleh dibuat PALING LEWAT seminggu sebelum pergi. Sekiranya kurang dari seminggu, boleh hubungi kami dahulu untuk kami sah kan kekosongan sekiranya ada lagi.



LANGKAH 3: Jumpa Di JB.


[+] Kita akan jumpa di JB (di hotel tempat tuan/cikpuan menginap), dalam sehari sebelum pergi untuk sesi taklimat ringkas dan pemberian tiket. Kalau ada soalan nak ditanya boleh dikemukakan kepada kami. (Farid : 013-7563824)

[+] Jika tak dapat jumpa dalam sehari sebelum pergi pun tak apa. Boleh jumpa pada pagi nak pergi di luar Tune Hotel.



**********

ANDA PERLUKAN HOTEL PENGINAPAN?


Untuk anda yang datang dari luar Johor.

Seperti sedia maklum, pihak kami tidak menyediakan penginapan.

Cuma untuk memudahkan anda, kami senaraikan antara hotel yang berdekatan dengan Tune Hotel (walking distance), sekiranya anda memilih untuk menginap selain dari Tune Hotel.

Anda boleh hubungi pihak hotel tersebut untuk buat tempahan, atau boleh tempah melalui saluran tempahan yang lain (Booking .com, Agoda, Trivago dll).

Nama Hotel Yg Berdekatan Dgn Tune Hotel 
(walking distance)
[+] I Leaf Boutique Hotel  
>>  -Non-

Waze: Klik Sini
Google Maps: Klik Sini
[+] Tune Hotel
>> 07-232 9010

Waze: Klik Sini
Google Maps: Klik Sini
[+] Golden Leaf Hotel
>> 07-236 3636

Waze: Klik Sini
Google Maps: Klik Sini
[+] Zoom-Inn Hotel
>> 07-237 9323

Waze: Klik Sini
Google Maps: Klik Sini


**********

FAQ - 11 SOALAN YG KERAP DITANYA KEPADA KAMI


Berikut antara soalan yang kerap ditanya kepada kami.


1) Boleh tak kalau kami menginap di hotel lain? Bas boleh ambil di hotel kami?
Anda boleh menginap di mana-mana hotel di JB, terpulang kepada anda. Cuma bas kami hanya boleh ambil dari Tune Hotel & beberapa hotel yang dalam senarai sahaja.

Jadi, anda boleh berkumpul di luar Tune Hotel pada pagi nak pergi & boleh pakir di luar Tune Hotel. Free pakir sahaja.


2) Boleh bawa makanan ke dalam USS?
Makanan tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke sana. Pihak USS ada buat 'spot check' beg. Kalau terbawa, mereka akan minta untuk tiggalkan makanan di locker luar USS, atau habiskan sebelum masuk.


3) Pakej ni dah termasuk tiket masuk USS + bas pergi balik kan? Ada bayaran lain tak masa nak masuk game di dalam USS?
Ya, pakej kami sudah termasuk tiket masuk USS + bas pergi balik sahaja. Once dah masuk USS, boleh main semua game tanpa ada bayaran lain lagi. Cuma kena beratur semasa nak main game.

Stand by duit untuk beli makan & cenderamata sahaja.


4) Berapa budget untuk makan di USS?
Anggaran maksimum SGD$20/person untuk set makan dan air. Tu pun 'portion' nya banyak.


5) Tiket untuk pakej ni hanya tiket masuk biasa sahajakan? Boleh belikan express pass untuk kami ?
Ya, tiket yang kami ada ini adalah tiket masuk biasa sahaja. Bukan express pass.

Maaf, untuk express pass kami tak dapat nak bantu untuk belikan. Anda boleh beli di USS nanti, cuma tambah lagi S$50/person ambil express pass di sana.


6) Booking tu kena bayar full ke?
Boleh fullpayment, atau deposit half. Baki masa jumpa di JB nanti, sekali pemberian tiket semua.


7) Biasanya hari apa yang tak ramai orang?
Kami rekomen pergi weekdays, hari bekerja tak ramai sangat orang.


8) Duit Malaysia accepted tak kat USS?
Di USS tak terima duit Malaysia. Perlu tukar ke matawang SGD dahulu.


9) Ada guide yang follow sama tak dalam trip ni?
Tiada guide yang ikut. Sampai di sana nanti bebas. Terpulang kepada anda nak gerak ke mana-mana sahaja. Sebelum gerak, akan ada taklimat oleh organiser bas terlebih dahulu tentang perjalanan pergi dan balik. Balik perlu stand by dimana bas diturunkan, pada masa yang ditetapkan.


10) Ada pusing-pusing Singapore Town tak lepas dari USS? Kalau nak pusing-pusing juga macam mana?
Bas hanya hantar dan ambil bawa pulang ke JB sahaja. Tak singgah mana-mana tempat. Kalau anda nak pusing-pusing Singapore Town, itu terpulang kepada anda. Sebab trip ini style bebas. Cuma baliknya tu perlu berkumpul di mana bas diturunkan, pada masa di tetapkan.


11) Kami nak pergi, minimum berapa orang yang boleh?
Untuk hari-hari biasa, seorang pun boleh. Nanti ada campur dengan customer lain.
Kecuali bulan puasa, minumum kami perlukan 10 pax baru bas gerak.






**********

DAH 'LIKE PAGE' KAMI DI FB?

'Like Page' kami di Facebook untuk dapatkan update segala aktiviti dan promosi untuk anda.




**********

APA JAMINAN KAMI KEPADA ANDA?

Kami memberi jaminan, sekiranya terdapat sebarang masalah kepada tiket masuk, kami akan pulangkan kepada anda 100% dari jumlah yang telah anda berikan kepada kami.


Kami beri GUARANTEE, sebab kami tahu USS IS THE BEST untuk percutian anda!



Yang menjalankan tugas:


Farid
Hp: 013-7563824
Email: pakejuss@gmail.com
Web: www.pakejuss.com
FB: www.facebook.com/pakejuss
IG: www.instagram.com/pakejuss
------------------------------